February 4, 2010 – 5:27 pm by komodo

Loading ...
Assalamu alaikum…
1. Pihak Lembaga Bandaran BSB sedang mengorak langkah mengusahakan supaya BSB menjadi bandar yg sistematik, hijau, mesra pengguna, cantik berseri, berkualiti, memelihara sejarah dan budaya dsb…. Moga2 usaha berkebajikan ini akan berjaya dan kita berpeluang melihat kemajuan BSB, kalau tidak pun melangkaui zaman, tapi cukup sebanding dengan kota2 di luar sana..
2. Pihak Lembaga Bandaran juga menggunakan pendekatan mengambil pendapat dari semua pihak, samada agensi2 Kerajaan yg memegang polisi tertentu maupun pihak individu rakyat dan orang ramai, yg berpeluang memberikan idea dan pandangan, apakah bandar idaman mereka… Jangan nanti sudah rumah siap, pahat dan tukul masih berbunyi, komplen sana komplen sini…
3. Mungkin ada pandangan di luar sana mengenai BSB sebagai Islamic City…? Bandar berkonsep Islam bukanlah setakat keujudan masjid dan suraunya, bukan setakat terbina sekolah2 ugamanya dan bukan setakat ketiadaan tugu patung di mana2.. Tetapi mengambil semangat Negara Zikir yang telah dititahkan KDYMM, sebagai contoh antaranya menerusi papan2 tanda ayat2 suci Al-Quran atau hadis2 tertentu yg memberikan inspirasi dan motivasi kepada sipembaca. Kita sudah ada papan tanda TASBIH, TAHMID dan TAKBIR di jalan2 raya. Tambahkanlah lagi dengan kalimah suci yang lain… Kita sanggup berbelanja SETIAP TAHUN membina pintu2 gerbang sewaktu menyambut Hari Keputeraan baginda, apa salahnya membina papan2 tanda ini hanya UNTUK SEKALI sehinggalah papan2 tanda ini menjadi kabur atau tidak dapat digunakan lagi…
4. Antara lain yg dapat difikirkan juga ialah kemestian pembinaan SURAU di mana-mana bangunan samada milik Kerajaan atau swasta, sebagai keperluan umat Islam mengerjakan sembahyang. Tidaklah perlu luas seumpama masjid, cukuplah bersesuaian dan selayaknya digunakan oleh pegawai dan pekerja…
5. Al-hamdulillah, NBD mempraktikkan tulisan2 jawi di mana2 saja, berupa papan2 tanda, iklan, cop2 perniagaan, nama2 kedai, simpang2 jalan, nama2 kampong dsb. Cuma saya musykil dengan ejaan yang digunakan, sebagai contoh ejaan KAMPONG dalam jawi, MENGAPA PERLU ADA ALIF selepas KAF ? KAF ALIF MIM PA WAU NGA…? Setau saya ejaan yg betul ialah KAF MIM PA WAU NGA.. Itu baru ALIF, banyak lagi ejaan2 yang kadang2 menggelikan hati… Saya ada mendengar ini adalah ejaan baru bagi jawi yang digunapakai oleh pihak Dewan Bahasa… Tapi adakah kita akan membaca KAMPONG itu menjadi KEMPONG? (Jika ejaan lama diguna pakai)… Apabila seseorang yang melihat tanda nama kampong, dia akan terus membaca KAMPONG, dia tidak akan membacanya KEMPONG. Misalan lain yg boleh digunakan hujjah oleh orang yang memakai ejaan baru ini ialah ejaan TOPI dan TUPAI. Kedua2nya memakai ejaan yang sama jika ia memakai ejaan lama iaitu TA WAU PA YA. Maka dikhuatiri akan tersalah baca, begitulah hujjah mereka. Tapi kita adalah umat Melayu yang mampu membezakan mana topi dan mana tupai dalam suatu suatu karangan atau frasa… Saya rasa perkara ini sudah dibincangkan suatu waktu dulu semasa membuat keputusan ejaan jawi manakah yang akan dipakai, samada ejaan lama atau baru… Dan akhirnya ejaan baru yang menang…. Ala kulli hal, saya lebih suka dengan ejaan lama..
6. Baru2 ini satu ciptaan terbaru mesin wudhu yang canggih yg mampu menjimatkan air. Ini juga boleh difikirkan kesesuaiannya untuk memilikinya di negara kita dan dalam masa yg sama, adakah ianya berbaloi dimiliki kerana saya dengar harganya yang mahal… Penjimatan air kita dapat tapi kita terpaksa membayarnya dengan harga yang mahal ??..
7. Kalau dulu ia digelar Padang Besar, tapi sekarang namanya Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien. Banyak peristiwa bersejarah berlaku di sana terutama perisytiharan Hari Kemerdekaan pada malam 31 Disember 1983. Selain pernah digunakan sebagai padang bola sepak, perlawanan tarik kalat, dll, ia juga digunakan sebagai tempat perbarisan di hari2 kebesaran negara dan termasuklah nyanyian2, tarian dan hiburan2, baik penyanyi tempatan maupun dari luar negeri. Saya rasa sudah tiba masanya memikirkan kesesuaian persembahan nyanyian dan tarian pada masa ini, memandangkan ianya berhampiran dengan Masjid Omar Ali Saifuddien yang kita agung2kan dan banggakan. Kalau orang menggambar, samada foto atau TV atau video berlatar-belakangkan Masjid yang tersergam inda tetapi ada orang menyanyi dan menari…apa rasanya ? Sesuai kah..?
Memang ada hadis menyatakan bahawa baginda Rasulllah SAW pernah melihat budak2 sedang menyanyi dan menari menggunakan gendang di halaman Masjid baginda di hari raya Aidil Fitri, dan baginda tidak melarangnya, bahkan ikut sama menonton bersama isteri baginda Sayidatuna Aisyah RA sehingga habis persembahan itu. Tetapi apa yang saya faham dari hadis ini ialah, kejadian itu berlaku di hari raya dan oleh budak2 lelaki. Tidak membabitkan perempuan yang menampakkan aurat mereka…. ( Betulkan saya jika saya silap memahami hadis ini… )
Selain Taman itu, setentunyalah kawasan lapang di hadapan bangunan Yayasan SHHB perlu juga difikirkan kesesuaian mengadakan persembahan di sana….
8. Maafkan saya jika banyak menyinggung perasaan pembaca…Niat saya hanyalah berkongsi pandangan dari saya yang cetek ilmu pengetahuan ini….
Wallahu a’lam bissawab…
This post was submitted by komodo.
Posted in Malay Postings | 4 Comments »