HARTA SIAPA SEPATUTNYA YG MEWARISI???

December 4, 2008 – 5:11 pm

Assaalamualaikum semua pembaca HYS,aku kan betanya pasal sikit masaalah,C MATI mempunyai anak banar sama bini pertama cuma saorang anak PEREMPUAN,istri pertama C MATI kembali kerahmatullah awal dri c MATI,jadi C MATI kawin dgn istri kedua cuma ada anak angkat 3org,C MAti mempunyai cucu banar mungkin 7 ke 8org hasil darah daging C MATI dgn istri pertama dri anaknya yg satu2nya dri anak perempuannya.jadi c MATI mempunyai anak bnar 1org cucu 7 ke 8org dan anak angkat 3org,C mati inda sampat menurunkan hartanya kepada siapa yg patut menerima d antara anaknya betul dan anak angkatnya,anak betul C MATI kembali kerahmatullah lebih awal dri c mati 3 ke 4th lebih awal dulu dri c MATI,so 3 anak angkatnya bermaharaja menguasai harta c mati dri darah daging c mati yg tinggal iaitu cucu 7 ke 8org ani,istri c MATI kedua masih hidup dgn anak2 angkatnya 3 org ani yg berkuasa penuh harta hak c mati,jadi cucu C MATI yg betul2 menuntut hak atas mama durang anak dan cucu yg betul yg pada masa ani d kuasai oleh anak angkat dan nenek perempuan tiri durang,APA harus cucu2 c MATI ini menuntut hak2 durang,adakah perlu harta2 C MATI d serahkan ke mahkamah syariah utk pembahagian yg betul pada c penerimanya,dan siapakah yg betul menerima hak C MATI d antara anaknya bnar 1org 3org anak angkat,cucu bnar 8org(hasil dri satu2nya anak perempuan dri istri pertama,kepada pembaca2 HYS yg boleh menjwap masaalah ani tolong bagi pendapat….

This post was submitted by bingungku.

  1. 7 Responses to “HARTA SIAPA SEPATUTNYA YG MEWARISI???”

  2. untuk meyanangkan biskita,baik ta d rujuk k mahkamah syariah.pasalnya untuk mgelakkan dri brebut harta c mati baik d bawa k mahkamah,biar adil.

    By aku on Dec 4, 2008

  3. Salam, dun worry, bawa hal ani kemahkamah syariah k. Drg akan menguruskan hal harta atu seadil adilnya. Hak kamu jua tu harta ah. Berdoalah selalu pda Allah, org yg teraniaya slalu makbul doanya. Insyallah.. Agatah buat aduan secepat mungkin k

    By Buah Manggis on Dec 5, 2008

  4. harta itu ….ahmad albab yg punya…ahax….

    By vonx on Dec 5, 2008

  5. assalamualaikum,

    if kamu mbawa hal ani ke mahkamah pun inda jua berlurih melainkan c mati ada membuat wasiat, kerana kalau nada wasiat bertulis yg di iktiraf oleh hakim, perkara ani akan terjadi `perangai temaha` oleh urg yang sepatutnya nda berhak,

    sebabnya perkara ani ada sudah kami alami dalam 5 tahun dulu tapi inda dapat apa2 bila di kemukakan, ada bahagian pun nda jua adil.
    malah urg bukan berhak pulang berlurih banyak, kenapa ia???
    tebuat cmati dulu semasa cmati atu sakit, anak jasad di suruh menjaga tapi bila sudah meninggal dunia, anak angkat dan anak tiri tah pulang 99% dapat hak. mun cemani biar tia anak angkat atau anak tiri sja menjaga, sama jua cmati ani nda mbari wasiat atau bahagian yang adil. maklum tah ada jua kadang2 indung ani pilih kasih, minta mahap jua kepada urg berkenaan atas kata2 ku ani, tapi ani kebenarannya..

    ubaya2 tah kepada idung2, kalau abiskita ada harta baiktah buat wasiat atau bagi sama rata agar senang kemudian hari..

    By purih on Dec 5, 2008

  6. Salam.pd pngetahuanku,ank angkt nda plg brhk 2,cucu cmati brhk mdpt hrta pusaka cMati & istri keduanya.mlainkn cMati da mnulis wasiat yg hrtanya 2,kn dbginya rh ank angktnya,bru durng brhk 2.p sharusnya dbwa kMhkmh syariah,slalunya durng nguruskn 2 tntng hrta pninggln cMati.wallahua’lam

    By Dz on Dec 5, 2008

  7. Walaikumsalam. Perkara ini sewajarnya dibawa kepada Mahkamah Syariah, Hak tetap Hak, anak angkat tiada dapat mewarisi harta simati melainkan jika si mati ada meninggalkan wasiat, itupun wasiat itu hanya boleh diambil 1/3 daripada harta si mati. Isteri si mati masih mempunyai hak mewarisi, dan anak kandung si mati masih berhak mewarisi harta si mati. Perlu diingatkan, anak angkat tidak boleh mengambil hak anak kandung, kerana anak kandung itu adalah lebih berhak mewarisi harta, kalau anak angkat ini masih berkeras mahu mengambil harta, maka berdosa besarlah ia kerana memakan harta anak yatim, sedang anak perempuan itu telah kematian bapa, maka ia memang sudah bergelar anak yatim.

    dari masalah di atas, si anak kandung difahamkan telah meninggal dunia lebih awal daripada bapanya,yang tingal isteri ke dua, anak angkat, dan 7-8 orang cucu daripada anak perempuan si mati. isteri ke 2 masih berhak mewarisi harta, manakala anak angkat tiada hak mewarisi.

    Dari segi nisbah pembahagian harta waris, si isteri mendapat 1/4 daripada harta peninggalan si mati jika simati Tiada meninggalkan anak ATAU Tiada cucu dari anak lelaki

    dan si isteri akan mendapat 1/8 dari harta peninggalan si mati jika simati mempunyai anak ATAU mempunyai cucu dari anak lelaki.

    manakala cucu daripada anak perempuan, saya syorkan perlu merujuk kepada mahkamah syariah, sebab saya belum terjumpa apakah cucu daripada anak perempuan ini masih mempunyai hak mewarisi ataupun tidak. Jika Cucu ini daripada anak lelaki, maka ia masih boleh mewarisi dengan sebab ia tidak terdinding oleh anak lelaki.

    salam.

    By Huffaz on Dec 6, 2008

  8. anak angkat yang dimaksudkan itu apa?
    adakah ia diangkat disebabkan ia anak tiri?
    kalau anak angkat yang kita maksudkan atu, anak daripada isteri ke 2, ia dinamakan anak tiri. 3 anak tiri. mohon penjelasan

    By Huffaz on Dec 6, 2008

Post a Comment

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture. Click on the picture to hear an audio file of the word.
Click to hear an audio file of the anti-spam word