Kenaikan Pangkat Bagi Professional
March 24, 2009 – 5:14 pmSaya meyokong penuh komen salah seorang Ahli Yang Dilantik dalam sesi Mesyuarat Negara minggu lapas pasal peluang kenaikan pangkat bagi kakitangan professional macam jurutera dan lain-lain. Memang benar dan sukar dinafikan di negara kitani professionals macam jurutera mempunyai peluang yang sangat tipis untuk naik pangkat. Kalau ada jurutera yang senior bersara baru peluang terbuka untuk naik, jika tidak ada jangan tah harap. Pengalaman ini adalah pengalam saya sendiri dan juga kawan-kawan lain yang sudah berkhidmat dengan kerajaan lebih 30 tahun. Beberapa tahun lagi kebanyakan kami akan bersara dan yang menduka citakan kemungkinan dalam jawatan yang sama, yang kami jawat sejak mula-mula bertugas dulu. Incentives bagi professionals sudah layak diberi perhatian oleh pihak kerajaan kerana ini tidak selaras dengan matlamat pihak kerajaan menggalakkan pelajaran science dan teknologi. Apa gunanya negara menggalakkan pelajaran science bilamana incentive yang diberikan kepada yang berjaya tidak serupa? Syukur alhamdullilah, negara kitani sudah merubah tangga-gaji guru-guru dengan niat untuk menjadikan profesi guru menarik dan menggalakkan orang-orang Brunei menjadi guru. Incentive ani adalah baik dimana dengan tangga-gaji baru tersebut, guru-guru sudah boleh memperolehi tangga-gaji setaraf dengan Pengarah, hanya dengan mengajar dibilik-bilik sekolah.
Bagaimana dengan jurutera? Gaji jurutera juga sama dengan semua jawatan yang berizajah, iaitu starting dengan scale B2 EB3.Untuk naik ke B3 sahaja sangatlah sukar bagi jurutera seperti saya ini yang masih dalam tangga-gaji B2 EB3 dan sudah bar gaji sekian lama. Sewaktu dalam sekolah dulu saya adalah tergolong dalam the best students,tetapi sekarang ini the best student ini masih dalam tangga-gaji B2 EB3, sedangkan kenalan-kenalan lain yang struggling masa sekolah dan kurung kebolehan ada yang sudah menjadi orang tinggi dalam kerajaan. Bagaimanakah perasaan top students macam saya ini, yang suatu masa dulu popular dengan kepandaian disekolah bilamana kami sekarang ani ketinggalan jauh dalam karear?
Untuk menjad1i seorang jurutera bukannya mudah. Memerlukan otak yang baik dan cergas dan bukan semua orang boleh jadi jurutera. Pihak kerajaan perlu membuat penyelidikan berapa orangkah jurutera-jurutera kitani yang memegang jawatan melebihi B3 dan berapa lamakah untuk mereka naik ke B3? Jika perkara ini tidak diambil perhatian ianya boleh menimbulkan implikasi dimana orang-orang kitani sudah tidak berminat menjadi jurutera dan ini akan bercanggah dengan hasrat negara menjadikan pendidikan science dan teknoligi sebagai satu matlamat. Satu bukti yang nyata ialah bagi saya sendiri, tidak membenarkan kelima-lima anak saya mengambil jurusan science dan teknologi. Saya lebih suka mereka mengambil jurusan pengurusan atau pentadbiran kerana jurusan tersebut lebih menjamin masa depan mereka dan mudah untuk mereka naik pangkat. Buktinya, kebanyakan pegawai pentadbir cepat dinaikkan pangkat dan kebanyakan kakitangan berjawatan tinggi dalam kerajaan masa ini asalnya adalah pegawai pentadbir. Bagi saya, memilih jurusan kejuruteraan dan science adalah kesilapan besar dalam hidup saya, dan saya yakin jika saya mengambil jurusan pengurusan atau pentadbiran nasib saya mungkin jauh lebih baik dan kemungkinan saya juga sudah memegang jawatan tinggi dalam kerajaan serupa dengan kawan-kawan yang suatu waktu dulu struggling di sekolah tapi pada masa ini sudah menjadi orang besar dalam kerajaan. Seandainya masa dapat dibalikkan nescaya saya memilih menjadi seorang pegawai pentadbir dan mungkin sudah menjadi menteri sekarang ini. Wasaalam.
