2 girls 1 cupadipex without prescriptiontwo girls one cuppottery barn2 girls 1 cup video





Author Archive


December 25, 2009 – 7:00 pm by فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


Assalamualaikum WBT. Beraneka ragam cara insan menjalani kehidupan. Si Kaya, sederhana dan si kurang bernasib baik, adalah warna-warna kehidupan. Kalau semuanya insan menjadi kaya raya, maka tidak beraneka lah kehidupan dunia ini. Kalau semuanya ditakdirkan menjadi miskin, tidak mustahil hilanglah sifat kemanusiaan, pasti berlakunya rompak sana, rompak sini, curi sana curi sini dan bermacam-macam lagi perihal jenayah berlaku seandainya si miskin tidak mempunyai keimanan yang kukuh. Begitu pula perihalnya jika si kaya yang tidak memiliki iman yang mantap, berlaku pula hal-hal penyelewengan membelanjakan harta ke arah maksiat, judi sana, judi sini, joli sana joli sini dan bermacam lagi kemaksiatan yang berlaku. Apa yang mesti diingat sebagai insan yang bernaung dan berpandukan ajaran Agama Islam, mantapkan keimanan dalam diri, walau ia seorang kaya, sederhana atau si kurang bernasib baik, jika ajaran Islam diikuti pastinya tidak akan berlakunya pengkhianatan terhadap setiap amanah. Harta benda, kekayaan yang ada pada diri kita adalah cuma ......
December 24, 2009 – 7:30 pm by فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah, mudahan Allah memberi Taufiq dan Hidayah kepada kita semua. Perjalanan mengembara ke Negara Jiran musim cuti persekolahan ini, amat bermakna buat diriku sendiri. Dapat kiranya aku melihat suasana kehidupan Negara luar. Sempat menjejakkan kaki ke Genting Highland. Masih ku rasa bersyukur dengan negaraku, Brunei Darussalam. :) Apa yang menariknya di Kuala Lumpur, memang banyak. Namun kedamaian dan ketenangan di negaraku sendiri amat ku kagumi. Aku Cuma mengingatkan diriku, agar aku dapat mengambil manfaatnya di sana. Ku telah berjumpa Buku yang selama ini ku cari2, dan ingin ku pelajari. Alhamdulillah, buku Himpunan Hadis Dha’if dan Maudhu’ (Palsu) ni banyak memberiku pengetahuan tentang mengenali para pendusta dan pereka hadis-hadis palsu. Banyaknya hadis-hadis palsu yang kiranya aku sendiri sebelum ini tidak tahu, dan rasa hatiku ingin semua orang-orang Islam di Brunei tahu. Mudahan Negaraku Brunei Darussalam ini suatu hari nanti akan ada ditubuhkan ‘Pusat Penyelidikan Al-Quran dan Sunnah’ yang tulen. ......
July 16, 2009 – 6:12 pm by فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته سبهاكين بلا يغ الله تيمفاكن اداله تندا فرايغتان كفد همب-همبث يغ لالي دان الفا، بهكن اينله جوض فغهافوس دوسا-دوسا همب-همبث سفاي كمبلي سدر دان انسف. تتافي كادغ-كادغ ستله هيلغث بلا ايت، مأنسي مولأي لوفا كفد توهنث. بكيتوله يغ ترجادي دبومي دارالسلام اين. Sebahagian bala yang Allah timpakan, adalah tanda peringatan kepada hamba-hambaNya yang lalai dan alpa, bahkan inilah juga penghapus dosa-dosa hamba-hambaNya supaya kembali sedar dan insaf. Tetapi kadang-kadang setelah hilangnya bala itu, manusia mulai lupa kepada tuhannya. Begitulah yang terjadi di bumi Darussalam ini. بتاف سريغ كيت مموهن كفد الله (كسلامتن) دري موسيبه يغ منيمفا كيت، نمون ستله موسيبه ايت برلالو، كيت فون ملوفكنث (الله). دتغه لاوتن كيت بردعأ اكر الله مثلامتكن فراهو يغ كيت تومفغ، نمون ستله كيت سمفي كتفي، كيت فون كمبلي ممبغكغث. كيت نأيك كافل داتس اودارا دغن امان دان تنغ، كيت تيدق ترجاتوه كران الله منجاكث. Betapa sering kita memohon kepada Allah ......
July 16, 2009 – 6:12 pm by فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


Assalamualaikum, Alhamdulillah, senang rasanya setelah mendengar titah. Mudah-mudahan ia akan jadi pembaharuan. Idea-idea lama yang sepatutnya sudah lama dibuang, harus terus mengalir bersama merentasi jauh kelautan, dan akan datang semula idea baru bak air bersih lagi jernih membasahi bumi Darussalam. “Jika membuat makanan, carilah orang yang ingin makan. Aku tidak akan makan sendiri”. Biarlah jika hendak bersedekah itu, diberi kepada orang yang amat memerlukan, bukan diberi kepada yang tidak mencarinya. Membelanjakan harta yang Allah kurniakan, selayaknya hendaklah telus dan benar-benar semata-mata mencari keredhaan Allah. Firman Allah Subhannahu Wata’alla dalam surah Al-Baqarah ayat 254 yang kira-kira bermaksud: 254. Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebagian dari rezki yang telah kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi syafa'at. dan orang-orang kafir Itulah orang-orang yang zalim. ...
...
May 15, 2009 – 5:09 pm by فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


GAJI vs AMANAH Akan tetapi realiti hari ini amat jauh berbeza. Bukan sahaja tidak ramai guru-guru bukan dari aliran agama yang mahu membawa suasana beragama di dalam pengajaran mereka, malah ada sebahagian guru-guru agama sendiri yang tidak bersungguh-sungguh menjadikan kerjaya guru sebagai ibadah yang boleh melimpahkan pahala berganda. Telah tandus minat dan keinginan, semakin melebar pula jurang dakwah untuk menyeru kepada kebaikan. “ Ah, budak-budak tu nak pandai ke tidak, terpulang pada mereka. Aku tahu cukup bulan gaji masuk,“ luah seorang guru dengan nada geram. Marah barangkali dengan gelagat anak murid yang tidak tahu hormat kepada guru yang lebih dulu makan garam. Saya akur sukarnya menjadi guru di zaman serba material ini. Bukan sekadar mengajar subjek-subjek yang telah ditentukan, tapi ada banyak senarai tugasan sampingan lain yang juga perlu dilangsaikan. Itu belum lagi dikira jumlah mesyuarat dan kursus-kursus yang perlu dihadiri. Mengenang itu semua, saya ikut emosi dan simpati. Kerana itu, Allah SWT berfirman ......
May 15, 2009 – 5:08 pm by فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


Alaikasalam Ya Ikhwanul Islami, bersabarlah, usah pedulikan hamba-hamba Allah yang seperti ini. Ingatlah Firman Allah ini, “ Dan tidak ada yang lebih baik perkatannnya daripada orang yang menyeru kepada ( mengesa dan mematuhi perintah ) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, seraya berkata : Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam ( yang berserah kepada Allah) “. ( Surah al Fussilat ayat 33 ) ================================================================= To C n P May 14, 2009 – 5:25 pm by CNN (1 votes, average: 1 out of 5) Loading ... to C n P May 13, 2009 – 6:33 pm by blogger (1 votes, average: 3 out of 5) Loading … wahai awg/dyg C n P. sila buat blog sendiri mun abis awg/dyg kn mempost panjang lebar. sekali post g 2,3 articles. bagus plg kandungan nya. tpi sini bukan tempatnya. if 2.3 perenggan ok jua. ni scroll sampai kebwh pun nda putus. maaf sekiranya c awg/dyg mrh. This post was submitted by ......
May 6, 2009 – 5:19 pm by فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


Jiwa ‘Kehambaan’ Melayu Menghalang Pembaharuan Disiarkan pada May 03, 2009 dalam kategori Dakwah | Dr Mohd Asri b. Zainul Abidin: “Raja Adil Raja Diakur, Raja Zalim Raja Ditegur” Dalam semangat sesetengah pihak untuk menegakkan ‘kedaulatan melayu’ maka berbagai-bagai slogan kemelayuan dikeluarkan. Ada yang kata kita berbangga menjadi melayu sebab kitalah kaum asal di Nusantara ini. Ada yang kata kita berbangga menjadi melayu kerana sejarah kesultanan dan kepahlawanan melayu. Apatah lagi ketika dunia hanya tinggal beberapa belas raja, sembilan daripadanya dimiliki oleh orang melayu. Ada yang kata orang melayu itu istimewa disebabkan adat dan budaya. Berbagai-bagai lagi yang disebutkan dalam menuntut kemuliaan dan ketinggian kaum. Namun bagi saya, kemuliaan orang melayu yang sebenar dan kekal adalah kerana mereka menganut Islam. Mereka tidak kekal mulia dengan adat atau kesultanan atau budaya atau apa saja, mereka akan kekal mulia kerana akidah Islam dan jika mereka berpegang kuat dengan Islam. Hari ini budaya dan bahasa melayu sudah banyak ......
May 5, 2009 – 7:19 pm by فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


SHORT FILM QALAM-MOHD SHAHREZAHADI KOH Minggu lepas sebelum tidur saya tertonton secara tak sengaja sebuah filem pendek yang dicalonkan untuk finalis pertandingan filem pendek Astro Kirana (channel 122). Kisahnya ringkas tetapi menarik, mengandungi sindiran yang cukup mendalam terhadap orang-orang Melayu yang menyangkakan hanya mereka sahaja beragama Islam. Kisahnya seorang sami Buddha yang sedang bermeditasi di Kuil secara tidak sengaja terpacul nama Al-Lah. Lalu beliau keluar mencari siapakah Al-Lah itu. Perjalanannya bermula di kuil Hindu, kemudian ke gereja. Namun pencariannya masih gagal ditemui, sehinggalah ketika waktu maghrib, beliau sampai di sebuah surau yang kedengaran bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang mengandungi kata-kata Al-Lah. Beliau masuk dan duduk diberanda surau memerhatikan budak sedang mengaji al-Quran. Tiba-tiba keluar seorang lelaki (kemungkinan siak surau), lalu menghalaunya keluar surau. Siak tersebut mengunci pagar surau dan menghalau si sami. Si sami lalu bertanya Al-Lah, Al-Lah? Malangnya si siak dengan kasar menjawab...Bukan! Islam, Melayu..si sami kemudiannya dihalau. Pada babak terakhir, kelihatan si sami merintih sedih di pintu sebuah kuil sikh sambil menangis..Al-Lah, Al-Lah!...anda boleh tonton filem tersebut di sini. Sindiran yang terdapat di dalam filem ini perlu direnung bersama, kerana filem ini mencer,inkan kebejatan setta kedangkalan masyarakat Melayu Islam di malaysia yang perlu diberi perhatian yang serius oleh semua. babak-baknya ialah: 1- Budak perempuan bertudung berbaju t-shirt lengan pendek membonceng motor dengan lelaki. Babak tersebut menggambarkan bagaimana tudung yang dipakainya hanyalah satu fesyen yang akhirnya mengundang fitnah kepada Islam itu sendiri. 2- Babak bagaimana seorang lelaki Melayu yang berjalan dengan anak perempuannya meraba (menepuk punggung wanita Cina ketika berselisih jalan). Babak ini juga menunjukkan betapa buruknya moral segelintir orang Melayu Islam. 3- Babak siak surau menghalau sami serta mengatakan Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Babak ini menunjukkan bagaimana sempitnya fahaman sesetengah orang Melayu yang menyangka Islam hanya milik mereka. Pernah Tuan Guru Nik Aziz di dalam khutbah hari raya puasa yang lalu mengatakan ......
...
May 4, 2009 – 5:08 pm by فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


Bagaimana Aqal Kita Tatkala Di Dalam Kubur ? Oleh Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ Apa perasan kita jika berselubung di dalam selimut tebal di waktu tengahari? Cuba lakukan ia selama sepuluh minit sambil berbaring seperti sekujur tubuh yang telah mati. Tanpa kipas, penghawa dingin dan tingkap dan pintu di tutup rapat. Siapakah yang mampu bertahan lebih dari 30 minit ? Sudah tentu minda dan tubuh kita tidak mampu menanggung ketidakselesaan itu walaupun hanya untuk 10 minit. Saya pasti kerana saya pernah mencubanya. Panas dan berhaba. Setiap kali saya fikirkan semula percubaan saya itu, saya terfikir keadaan di alam barzakh kelak..terutamanya di liang lahad yang sempit, tertutup, tanpa penghawa dingin, tilam, tingkap serta kipas itu. Sewaktu kita berada di alam barzakh kelak, adakah pancaindera dan penilaian minda kita terhadap alam ini sama seperti sewaktu kehidupan biasa kita di dunia? Apabila saya utarakan hal ini. Ramai yang menjawab : "Tidak" ......
May 4, 2009 – 5:06 pm by فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT “ Saya tahu ramai di kalangan kamu yang memperoleh markah cemerlang dalam subjek-subjek ; Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan lain-lain. Tahniah saya ucapkan. Cuma apa yang agak mendukacitakan saya, mengapa pencapaian kamu dalam subjek agama tidak secemerlang seperti yang lain-lainnya ?” “ Bayangkan jika markah yang kamu perolehi ini, seumpama peratusan iman untuk kamu persembahkan di hadapan Allah kelak, apa agaknya pengakhiran yang bakal kamu terima. Syurga atau neraka ?” bertalu-talu saya menyoal supaya mereka berfikir dan terus mencari jawapan. Hilang sudah gelak tawa. Kini, masa untuk bermuhasabah pula. Saya sayang mereka sebagaimana saya menyayangi diri saya sendiri. Mereka masih punya banyak masa untuk berubah dan memperbaiki diri. Suasana sunyi. Saya hanya memerhati dan membiarkan mereka berfikir sendiri. Depan, belakang, kiri dan kanan. Semuanya bagaikan sedang bermonolog di dalam diri. “ Saya yakin pelajar-pelajar di hadapan saya sekarang ini bakal bergelar doktor, pegawai tinggi, peguam, arkitek, guru, ahli ......
May 4, 2009 – 5:05 pm by فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


Mata saya tidak berkedip memandang ke wajah anak sulung kesayangan. Saya menoleh pula ke almari cermin di hadapannya. Menggeleng kepala saya seketika. “ Muka Kak Long dah putihkan Ummi, “ kata Kak long melihat saya terpaku memandangnya dari tadi. “ Kenapa pakai bedak banyak sangat ni, sayang ?” saya melemparkan pertanyaan. Hairan dengan lakunya malam ini. Berbedak hingga sampai ke baju dan seluar. Putih bertompok sana sini. “ Kak Long nak putih macam Kak Ngah, “ Kak Long menjawab sambil mula menunjukkan muka masam. Belas pula saya melihatnya. Baru saya teringat kata-kata Kak Imah yang berkunjung ke rumah siang tadi. Rupa-rupanya Kak Long terdengar perbualan kami. “ Husna lain sikit kulitnya dari Najwa ye, Ina” Kak Imah berkata memandang ke arah anak-anak yang sedang leka bermain di halaman rumah. “ Seorang ikut ayah, seorang ikut Umminya, “ saya menjawab dengan senyum kelat. Bimbang Kak Long mendengar. Pasti dia terasa hati nanti. Sensitif sungguh dia bila ......
May 4, 2009 – 5:04 pm by فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


“ Ish..banyak tu. Macam-macam warna ada, “ tiba-tiba suara ayah menyapa dari belakang. Saya yang sedang asyik mengemas beg sebelum bertolak pulang ke kampus, menoleh dan melemparkan senyum malu-malu. Faham dengan sapaan ayah..apa yang dimaksudkannya banyak dan berwarna. “ Mana ada banyak ayah. Tiga helai tudung lama, dua je yang masih baru“ saya menjawab ramah. Saya mengesot sedikit ke tepi dinding untuk memberi ruang ayah duduk bersila. “ Baru atau lama tak penting. Yang utama tahu apa tujuan dan niat pemakainya. Bimbang tak terjawab nanti di akhirat sana, “ nasihat ayah. Masih sempat ayah menitip sepatah dua peringatan diri, walau nampak remeh tapi besar jika difikir jernih. WARNA-WARNI DOSA Entah kali keberapa saya menggeleng kepala begitu. Gelengan kesal berbaur hiba. Kesal kerana yang putih semakin kelam, berubah kelabu warnanya. Hiba dek mengenang masa depan anak-anak yang kian membesar di depan mata. Bagaimana agaknya corak dunia mereka bila dewasa. Hari ini saya menggeleng kepala lagi. ......
April 25, 2009 – 5:05 pm by فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


Salam...dalam apa hal sekalipun, walau saat genting, perbanyakkan rasa bersyukur, n banyak2 berdoa n usaha. ;) Nabi Muhammad adalah makhluk ALLAH yang paling termiskin di dunia, tapi jutawan akhirat. Pun baginda masih mampu melafazkan ucapan Syukur, dan tidak sama sekali banyak mengeluh, ingatlah, kadang-kadang segala keperitan dan kesusahan itu adalah menjadi satu ujian daripada Allah kepada hamba-hambaNya, tidak lain adalah kerana untuk meninggikan darjat HambaNya. Ingatlah pesanan ini, seandainya kamu bersyukur, nescaya akan AKU (ALLAH) tambahkan ni'matku. Syukur dalam waktu senang dan dalam waktu susah. Elakkan daripada membuat perbandingan-perbandingan yang GAGAL untuk membina kepada Jati diri. Seharusnya buatlah perbandingan yang boleh dan mampu menjadikan diri kita sedar dan insaf, sebab segala urusan dunia ini telah pun diatur sepenuhnya oleh ALLAH SWT, doa, usaha iktihar n Tawwaakal sebolehnya sentiasa mendampingi diri terhadap seorang pelajar yang ALLAH berikan kepintaran dan kebijaksanaan dalam berfikir. Jauhkan diri daripada membuat andaian yang belum pasti akan kebenarannya, seharusnya ......
April 24, 2009 – 7:19 pm by فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


Fenomena Hutang Dan Keburukannya Oleh : Zaharuddin Hj Abd Rahman www.zaharuddin.net Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan. Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalakan tidak perlu membayar ......
April 24, 2009 – 5:26 pm by فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


firman Allah: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan (al-Maidah [5:8]) ...