February 23, 2010 – 7:48 pm by komodo

Loading ...
Assalamu alaikum para pembaca budiman…
1. Title ku atu kasar bunyinya, tapi atu tah realiti dan fakta. Di Brunei ane, start tah seorang atu bekeraja, lebih2 lagi kalau bekeraja rah kerajaan, mula tah mengira-ngira kan me”loan” di mana-mana bank. Bank apa lagi, menungap saja. Inda cukup loan bank, pegawai atau kakitangan kerajaan ada kemudahan meloan kereta, tapi Alhamdulillah nada interest. Kalau $12,000 loan kereta, atu tah jumlah yang patut dibayar jua…
2. Ada orang beucap, mana inda meloan, kereta adalah satu kemestian di Brunei ane. Indada kereta, macamana kan turun bekeraja ? Harapkan pengangkutan awam macam bas atau teksi, payah…. Bas bukannya banyak banar, apa tah lagi teksi yang sekadar pebelasan buah saja di Brunei ane… Tambangnya lagi yang mahal… Tentulah pihak pengusaha bas dan teksi ada lagi ulasan durang tu… dan atu lain bab ceritanya…. (Sori pihak bas dan teksi.., ane relaiti bukan fantasi…)
3. Banar kata salah seorang penulis dalam HYS ane, buleh lah ane dinamakan sebagai CHAIN REACTION… Tane beutang kerana keperluan mendesak (umpamanya kereta atu…), kawin pun beutang, membuat rumah beutang ( atu mestu tu eh… mana ada orang membuat rumah cash… kecuali segelintir lah..) dan lain2… kemudian setiap bulan gaji yg diterima lebih 50% adalah untuk membayar hutang… Contoh gaji $1,500.00, maka hutang selalunya $700 atau $800. Kalau duit pembayar utang kurang dari 50% gaji, atu kira bagus dari satu segi. Kira benasib baik lah tu, pasal inda perlu beutang banyak… Lapas atu kedai pun inda berapa kana aga, lapas atu keuntungan kedai pun inda berapa dan nasib inda baik, gulung tikar atau cari tempat lain yang murah sewanya… Lapas atu tuan punya bangunan inda kana sewa bangunannya, lapas atu hutangnya membuat bangunan inda ia berapa tebayar…
Lain lagi kalau orang begaji basar, nya orang : Basar Periuk Basar Karaknya….
4. Bukti orang kitane banyak utang : Kalau tane meliyat kadai yang kosong inda beurang, ia tah time tangah2 bulan sampai bulan tua…. tapi, kadai akan beurang kalau awal bulan saja… Atu bukti kitane banyak hutang.
5. Ada ku tedangar cadangan kawan2… apa kata kalau diadakan SEMINAR KEWANGAN oleh pihak2 berkenaan, lagau pakar2 kewangan, ia memberi penerangan macamana cara PENGURUSAN KEWANGAN. Yang banarnya, seminar ane ada dua macam, ada seminar bebayar, ada seminar free… Seminar free selalunya dianjurkan oleh pihak2 berkenaan dalam kerajaan disempenakan dengan Hari Kebangsaan atau Hari Keputeraan atau lain2 sambutan hari2 kebesaran… Bah… adakan seminar kewangan ane yang free ane… Kan diajukan cadangan ane, inda tau ke mana tujunya, ia tah dalam HYS ane… Mudah2an ada pihak2 yg selalu menganjurkan seminar2 atu, nah.. ne nah… cuba tah isu2 kewangan yang hot-hot masa ane, adakan tia seminarnya… Lagau pihak2 bank, MOF, MUIB, TAP, dll yg berkaitan…
6. Atau mungkin kah sudah diadakan bekali2 seminar atau kursus pengurusan kewangan bijak ane ? Tapi seperti kata pepatah : Kitane inda lagi masuk diajar, babal sudah ? Atau ada pendapat mengatakan, jangan tah beseminar-seminar segala… kitane pandai2 sendiri saja…? Sendiri punya usin, sendiri punya utang, sendiri punya masalah lah…?
7. Zaman ane laki bini bekaraja…. Atu pun inda kan cukup menampung perbelanjaan… Adakah kitane telah melakukan perbuatan BERMEWAH-MEWAHAN ? Adakah kitane telah biasa hidup mewah ? Sampai orang luar negeri pun mengatakan BRUNEI ADALAH NEGERI MEWAH… Rakyatnya Kaya Raya… Setiap orang ada 2 atau 3 buah kereta…
8. Kalau dalam satu-satu keluarga atu, hanya pihak suami yang bekerja, tapi keperluan kehidupan mereka cukup dan perbelanjaan belabih tia pulang ( buleh lagi menyimpan..), padahal gaji bukanlah besar, atu mungkin keluarga yang mendapat BERKAT hasil pekerjaannya… Ane satu aspek yg lain lagi, iaitu KEBERKATAN dalam gaji yang diterima…
9. Ada orang beceramah : Gaji yang besar, tapi keluarga atu hidup mereka selalu inda kecukupan… mungkin saja inda berkat pendapatan durang, berbanding dengan gaji yang kecil, tetapi keluarga atu kecukupan dan ada penyimpanan, mungkin saja gajinya BERKAT dan bersih…
10. Apakah gaji yang kitane terima, ada sedikit-sedikit yang INDA BERKAT menyebabkan kitane kesempitan ? Ane satu persoalan lain lagi.. Mungkin banar, gaji yang kitane terima, ada sikit2 yang inda berkat….Contohnya : Lambat datang opis… keluar balik awal…. Banyak becerita dari keraja…. banyak minum dari keraja….
11. Ada jua yg membagi ulasan : Mana inda datang akhir…trafik jam… Mana inda trafik jam, kereta telampau banyak, setiap seorang satu kereta…. Lain lagi mengantar anak sekulah….
Mana inda keluar awal, mengaga anak sekulah… Bas skulah inda kana bari, pasal rumah ku ampir dengan sekulah, padahal tempat ku keraja ane, jauh dengan sekulah atu….
12. Banyak lagi realiti kehidupan kitane… Seseorang atu mungkin senyum menerima $2,500 gajinya, tapi akhirnya duit yang dapat dinikmatinya hanyalah $500 saja…. $2,000 sudah kana kaut kerana untuk pembayar utang…
Para pembaca jangan marah…. realiti hidup kitane..
WALLAHU A’LAM…
This post was submitted by komodo.
Posted in Malay Postings | 44 Comments »